MBSJ sita, tutup rumah urut tanpa lesen di SS15

22 Okt 2026, 4:24 AM
MBSJ sita, tutup rumah urut tanpa lesen di SS15
MBSJ sita, tutup rumah urut tanpa lesen di SS15
MBSJ sita, tutup rumah urut tanpa lesen di SS15
MBSJ sita, tutup rumah urut tanpa lesen di SS15

SHAH ALAM, 22 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyita dan menutup premis rumah urut di SS15, Subang Jaya, pada 15 Oktober lalu selepas didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

MBSJ dalam kenyataan di Facebook memaklumkan tindakan itu diambil menerusi operasi penguatkuasaan terhadap pusat kesihatan dan kecantikan di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati premis menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah, sekali gus mendorong tindakan sitaan dan penutupan premis dilaksanakan serta-merta mengikut peraturan berkuat kuasa.

MBSJ berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan berkala di kawasan komersial dalam pentadbirannya bagi memastikan semua premis mematuhi syarat pelesenan.

Langkah itu juga bertujuan membendung aktiviti perniagaan yang melanggar ketetapan pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu, semua pemilik pusat kesihatan dan kecantikan, termasuk rumah urut, diingatkan supaya mendapatkan lesen perniagaan yang sah serta mematuhi sepenuhnya syarat dan peraturan ditetapkan.

Orang awam yang mempunyai aduan berkaitan pelanggaran peraturan boleh menyalurkannya menerusi saluran aduan di laman sesawang rasmi MBSJ atau menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-8024 7700.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.