Amaran ribut petir Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 9 pagi

11 Nov 2026, 11:44 PM
Amaran ribut petir Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 12 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga daerah di Selangor sehingga jam 9 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan terjejas meliputi Klang, Kuala Langat dan Sepang, selain seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Port Dickson di Negeri Sembilan.

Amaran itu dikeluarkan susulan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan merujuk maklumat terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.