SHAH ALAM, 6 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan sembilan daerah di Selangor sehingga jam 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
Amaran yang dikeluarkan pada jam 5.40 petang itu turut melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.
Di negeri lain, kawasan terjejas termasuk Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Langkawi dan Yan di Kedah, selain Kerian, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah di Perak.
Bagi Pahang, amaran meliputi Jerantut, Lipis, Rompin, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Bera, Maran dan Temerloh.
Ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Jelebu di Negeri Sembilan serta Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Miri, Limbang, Bintulu dan Kapit, manakala di Sabah melibatkan beberapa daerah di Pedalaman, Tawau dan Sandakan serta seluruh Labuan.
Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.





