SHAH ALAM, 8 NOV: Seluruh Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keadaan cuaca sama turut dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Beberapa kawasan di Kedah (Kulim, Baling, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Kuala Muda), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Jerantut), Johor (Tangkak, Muar, Segamat dan Batu Pahat) dijangka mengalami cuaca sama.
Sarawak melibatkan Miri, Sri Aman, Limbang, Bintulu (Tatau), Kapit (Kapit), Betong, Mukah (Tanjung Manis), Sarikei (Sarikei), Samarahan (Sebuyau, Gedong dan Simunjan) manakala Sabah pula di Tawau (Kalabakan), Sandakan (Tongod), Pedalaman (Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Sook) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.
Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih menerusi laman sesawang www.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia atau aplikasi myCuaca.








