Sidang Belanjawan Selangor 2027: Semua ADN diingatkan hadir tepat masa

11 Nov 2026, 3:00 AM
Sidang Belanjawan Selangor 2027: Semua ADN diingatkan hadir tepat masa

SHAH ALAM, 11 NOV: Semua Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor diingatkan supaya memberi komitmen penuh dengan memastikan kehadiran dan ketepatan masa sepanjang persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bermula Jumaat ini.

Speaker DNS Lau Weng San berkata, persidangan yang turut menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2027 itu dijangka berlangsung kira-kira 10 hari, dengan waktu persidangan dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang.

"Tiada alasan munasabah untuk wakil rakyat tidak hadir atau lewat kerana persidangan ini hanya berlangsung selama seminggu lebih," katanya kepada Media Selangor.

Menurut beliau, persidangan kali ini dijangka mendapat perhatian ramai memandangkan pembentangan Belanjawan Selangor 2027 merupakan antara yang terakhir menjelang penghujung penggal pentadbiran semasa.

Katanya, amalan mengadakan persidangan belanjawan pada November diteruskan sejak 2008 bagi memastikan keperluan kewangan negeri dan kawasan DUN dapat diseimbangkan.

Sementara itu, Belanjawan Selangor 2027 yang dijadual dibentangkan pada 13 November ini dijangka memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kesedaran rakyat terhadap krisis perubahan iklim dan memperkukuh pembangunan ilmu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam wawancara khas bersama Media Selangor baru-baru ini berkata, kedua-dua perkara itu perlu diberi perhatian bagi memperkukuh ekonomi negeri dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan perkembangan teknologi.

Sebagai rekod, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.23 bilion menerusi Belanjawan Selangor 2026, merangkumi RM1.86 bilion atau 57.6 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.37 bilion atau 42.4 peratus untuk pembangunan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.