Ban Canal sokong pembangunan pelancongan mesra alam, jana ekonomi setempat

8 Nov 2026, 10:00 AM
Ban Canal sokong pembangunan pelancongan mesra alam, jana ekonomi setempat
Ban Canal sokong pembangunan pelancongan mesra alam, jana ekonomi setempat
Ban Canal sokong pembangunan pelancongan mesra alam, jana ekonomi setempat
Ban Canal sokong pembangunan pelancongan mesra alam, jana ekonomi setempat
Ban Canal sokong pembangunan pelancongan mesra alam, jana ekonomi setempat

SABAK BERNAM, 8 NOV: Pembangunan kawasan Ban Canal menyokong aspirasi pembangunan yang mengimbangi kepentingan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata penganjuran program seperti Karnival Ban Canal membantu dalam memperkukuh kawasan tersebut sebagai produk pelancongan di utara Selangor.

“Ban Canal merupakan lokasi yang berada dalam landskap kawasan dicadangkan sebagai Anjung Utara Selangor Biosphere Reserve (AUSBR) iaitu inisiatif pencalonan ke program Man and the Biosphere (MAB) UNESCO meliputi 297,661.25 hektar merangkumi pelbagai ekosistem.

“Sebagai EXCO bertanggungjawab terhadap portfolio Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, saya melihat potensi besar Ban Canal dalam menyokong aspirasi pembangunan yang mengimbangi kepentingan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin ditemui media selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Ban Canal 2026 di Sabak Bernam pada 8 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Kita mahu pembangunan pelancongan dilaksanakan secara bertanggungjawab tanpa mengorbankan khazanah alam semula jadi yang menjadi aset utama kawasan ini.

"Oleh itu, pendekatan pelancongan berasaskan alam semula jadi, pendidikan alam sekitar dan penglibatan komuniti perlu terus diperkasakan,” katanya hari ini.

Beliau berucap pada majlis perasmian penutupan Karnival Ban Canal 2026 di Parit 14, Simpang Lima di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato' Ts. Saipolyazan M Yusop.

Terdahulu, ditemui pemberita, Jamaliah memaklumkan lebih 34,000 pengunjung hadir memeriahkan karnival yang dilaksana sejak lima tahun lalu.

Jelas Jamaliah, karnival tersebut juga membangunkan ekonomi tempatan selain kesinambungan antara pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar serta kebudayaan.

“Pada tahun ini ada peningkatan sehingga pagi ini terdapat 34,000 pengunjung berbanding tahun lalu 32,100. Ada peningkatan dan berharap ada penambahan pengunjung nanti.

“Bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi ramai dari luar negara seperti Korea, Jepun, Afghanistan dan semua yang datang. Saya kira ini merupakan peluang baik untuk menaikkan sektor pelancongan dan ekonomi di Sabak Bernam,” ujarnya.

Sementara itu, Saipolyazan berkata pihaknya optimis sasaran 38,000 pengunjung mampu dicapai selain kemungkinan terus bertambah pada karnival akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato' Ts. Saipolyazan M Yusop ditemui media selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Ban Canal 2026 di Sabak Bernam pada 8 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR 

“Kita tidak letak lagi sasaran tahun hadapan tetapi Insya-Allah akan bertambah sebab tahun lepas 32,000 dan tahun ini 38,000.

“Malah, peningkatan penyertaan dari luar negara juga baik dan yakin akan menarik lebih ramai mereka berminat terutama apabila menggabungkan sukan, agropelancongan dan alam sekitar dalam satu acara,” katanya.

Bagi penganjuran 2026, MBI menyasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 38,000 pengunjung sepanjang tiga hari karnival yang berlangsung dari 6 hingga 8 November di Parit 14, Simpang Lima, Sabak Bernam.

Antara pengunjung Karnival Ban Canal 2026 di Sabak Bernam pada 8 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.