Ban Canal berpotensi jadi dataran kekal, tarikan pelancongan baharu

7 Nov 2026, 2:32 PM
Ban Canal berpotensi jadi dataran kekal, tarikan pelancongan baharu
Ban Canal berpotensi jadi dataran kekal, tarikan pelancongan baharu
Ban Canal berpotensi jadi dataran kekal, tarikan pelancongan baharu
Ban Canal berpotensi jadi dataran kekal, tarikan pelancongan baharu

SABAK BERNAM, 7 NOV: Kawasan Ban Canal berpotensi dibangunkan sebagai dataran kekal bagi aktiviti rekreasi dan pelancongan sekali gus menjadi tarikan baharu di Sabak Bernam.

Penolong Pengurus Besar dan Ketua Unit Khas Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Kamarul Zaki Khalid berkata usaha itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

“Keunikan Ban Canal yang terdapat di Sabak Bernam boleh diketengahkan sebagai salah satu tarikan pelancongan bagi memperkenalkan keistimewaan daerah ini kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

“Perancangan berkenaan turut mendapat sambutan serta pandangan positif daripada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor serta Jabatan Perhutanan Selangor (JPNS),” katanya.

Kamarul Zaki Khalid Penolong Pengurus Besar dan Ketua Unit Khas Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Kamarul Zaki Khalid. ditemui dalam festival Ban Canal di Sabak Bernam pada 7 November 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Karnival Ban Canal Selangor 2026 di Ban Canal Parit 4, Simpang Lima, di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaki, 30 tapak niaga disediakan pada penganjuran kali ini berbanding 16 tapak pada tahun lalu bagi memberi lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan memasarkan produk masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran karnival pada waktu ini memberi peluang kepada pengunjung menikmati pemandangan sawah padi yang sedang menghijau sekali gus mengetengahkan keindahan landskap pertanian Sabak Bernam.

Kamarul Zaki menambah, program berkenaan turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara kawasan Sabak Bernam yang mempunyai peranan penting dalam menjamin keterjaminan makanan.

Karnival Ban Canal 2026 anjuran MBI melalui inisiatif SABDA berlangsung sejak 6 November lalu dengan pelbagai pengisian termasuk larian warisan alam, konsert, Night Sub Polo serta jualan usahawan tempatan.

Penganjuran Karnival Ban Canal yang diteruskan sejak 2022 bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti dan usahawan tempatan malah berpotensi menarik minat lebih banyak pihak swasta untuk meneroka peluang perniagaan serta pelaburan di Sabak Bernam.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.