Kerajaan pernah bantu Utusan Malaysia, rujuk isu kepada pemilik

4 Nov 2026, 7:35 AM
Kerajaan pernah bantu Utusan Malaysia, rujuk isu kepada pemilik
Kerajaan pernah bantu Utusan Malaysia, rujuk isu kepada pemilik
Kerajaan pernah bantu Utusan Malaysia, rujuk isu kepada pemilik

PETALING JAYA, 4 NOV: Kerajaan pernah menyelamatkan operasi syarikat penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang berhadapan dengan masalah sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu terbaharu membabitkan syarikat itu yang dilaporkan meletakkan kira-kira 100 pekerjanya dalam Program Cuti Berbayar perlu diajukan kepada pemilik Media Mulia Sdn Bhd bagi mendapatkan penjelasan.

“Utusan (Malaysia) tanya kepada pemilik dia, kita dah dulu pernah selamatkan sekali. Minta tanya pemilik dia,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Rancangan Pemajuan Nasional: Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 di sini, hari ini.

Media Mulia sebelum ini dilaporkan sedang melaksanakan penilaian strategik terhadap model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju syarikat termasuk pelaksanaan Program Cuti Berbayar ke atas hampir 100 pekerjanya.

Syarikat penerbitan itu menjelaskan langkah rasionalisasi berkenaan perlu diambil bagi memastikan kelangsungan operasinya dalam menghadapi perubahan industri media khususnya peralihan ke platform digital.

Pada 9 Oktober 2019, syarikat Utusan Melayu Bhd pernah mengumumkan bahawa akhbar berusia 80 tahun itu berhenti operasi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.