Anwar terharu terima gambar kenangan kemenangan pertama Permatang Pauh 1982

3 Nov 2026, 3:08 PM
Anwar terharu terima gambar kenangan kemenangan pertama Permatang Pauh 1982
Anwar terharu terima gambar kenangan kemenangan pertama Permatang Pauh 1982

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu apabila menerima sekeping gambar lama daripada seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah, yang merakamkan kenangan beliau meraikan kemenangan pertama di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata gambar itu dikongsikan Zahra Mohamad Zelman ketika beliau disapa pelajar itu bersama dengan rakan-rakannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Parlimen hari ini.

Anwar berkata gambar itu merakamkan detik beliau diraikan oleh moyang kepada Zahra iaitu Allahyarham Arshad Ahmad, selepas memenangi kerusi Permatang Pauh.

"Sekeping gambar, tetapi menyimpan begitu banyak kenangan dan kisah. Waktu yang cuba diimbau itu sudah lama berlalu, namun ingatan terhadap insan-insan serta kalangan mereka yang pernah hadir dan menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang perjuangan kekal di sanubari yang terdalam," katanya dalam hantaran itu.

Pada pertemuan itu, Anwar turut berpesan kepada Zahra dan rakan-rakannya agar terus menuntut ilmu, berani menyimpan dan mengejar cita-cita serta tidak pernah berhenti berusaha selain turut mendoakan agar perjalanan kehidupan mereka sentiasa dipermudah.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.