Rancangan fizikal negara garis 13 ikhtiar, kekalkan 50 peratus kawasan hutan negara

4 Nov 2026, 6:10 AM
Rancangan fizikal negara garis 13 ikhtiar, kekalkan 50 peratus kawasan hutan negara
Rancangan fizikal negara garis 13 ikhtiar, kekalkan 50 peratus kawasan hutan negara
Rancangan fizikal negara garis 13 ikhtiar, kekalkan 50 peratus kawasan hutan negara
Rancangan fizikal negara garis 13 ikhtiar, kekalkan 50 peratus kawasan hutan negara

PETALING JAYA, 4 NOV: Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) menggariskan 13 Ikhtiar Perancangan Nasional termasuk mengekalkan 50 peratus kawasan hutan negara dan memperkukuh pembangunan bandar mampan sehingga 2040.

Diluncurkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, RFN5 menjadi panduan strategik pembangunan fizikal dan perbandaran negara yang lebih berdaya tahan, inklusif serta seimbang dengan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan(SDG) 2030, Agenda Perbandaran Baharu (NUA) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) ia akan menyeimbangkan kepesatan pembangunan dengan kelestarian alam semula jadi serta kesejahteraan rakyat.

“Ia juga akan mengukuhkan tahap perhubungan dan rantaian ekonomi wilayah khususnya melalui kajian dan cadangan jajaran Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan kawasan selatan, tengah sehingga ke utara Malaysia.

“Selain itu, melindungi dan melestari kawasan keterjaminan makanan negara, merencana infrastruktur dan kemudahan yang inklusif ke arah negara menua serta mempelbagaikan langkah perancangan spatial bagi menyokong peralihan ekonomi cekap sumber dan pelaksanaan ekonomi kitaran.

“Ia turut mengadaptasi solusi daya tahan iklim melalui pendekatan Nature-Based Solutions (NbS) dan Ecosystem-Based Adaptation(EbA) serta memacu perubahan ke arah mencapai sasaran karbon sifar bersih 2050,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pemajuan Nasional: Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 di sini, hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pemajuan Nasional: Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 4 November 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

DPN3 pula merupakan dokumen strategik dalam memacu agenda perbandaran mampan negara sehingga 2035 yang mana dengan jangkaan penduduk bandar melebihi 80 peratus menjelang 2040, kerajaan komited mendepani cabaran perubahan demografi dan saiz isi rumah, pasaran tenaga kerja serta penyediaan kemudahan.

DPN3 digubal untuk memacu perbandaran yang makmur, berdaya huni dan berdaya tahan melalui perancangan yang inklusif dan inovatif.

“Fokus utama DPN3 adalah untuk membina persekitaran yang bukan sahaja efisien dari segi tadbir urus, malah menyediakan ruang kehidupan yang berkualiti, selamat dan mesra kepada komuniti bandar tanpa meminggirkan sesiapa,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.