Amaran hujan lebat empat daerah Selangor hingga 6 petang

3 Nov 2026, 8:22 AM
Amaran hujan lebat empat daerah Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 3 NOV: Empat daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Menurutnya, amaran ribut petir itu turut membabitkan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di negeri lain.

Antara negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, kawasan terjejas termasuk Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim, Batang Padang, Larut Matang, Selama dan Kerian.

Amaran sama turut meliputi Seremban di Negeri Sembilan serta Kulai, Kluang dan Kota Tinggi di Johor.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mengikuti perkembangan terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.