Amaran ribut petir: Empat daerah Selangor terjejas hingga 6 petang

20 Okt 2026, 8:06 AM
Amaran ribut petir: Empat daerah Selangor terjejas hingga 6 petang

SHAH ALAM, 20 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat daerah di Selangor hingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Petaling.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Kuala Lumpur, Melaka serta beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Sarawak, beberapa kawasan dalam bahagian Kuching, Serian, Sarikei, Betong, Sibu, Samarahan, Sri Aman, Mukah dan Limbang turut dijangka mengalami cuaca sama.

Bagi Sabah pula, amaran melibatkan beberapa kawasan di bahagian Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.