Ribut petir diramal landa Hulu Selangor, Gombak hingga 7 malam ini

19 Okt 2026, 8:50 AM
Ribut petir diramal landa Hulu Selangor, Gombak hingga 7 malam ini

SHAH ALAM, 19 OKT: Penduduk di Hulu Selangor dan Gombak dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda kedua-dua daerah itu sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama membabitkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah, kawasan terjejas meliputi Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Baling dan Padang Terap, manakala di Perak membabitkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Amaran turut dikeluarkan bagi Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu di Terengganu, selain Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Lipis di Pahang.

Sementara itu, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor turut dijangka mengalami cuaca sama sehingga jam 7 malam.

Di Sarawak, amaran melibatkan beberapa kawasan termasuk Sibu, Sarikei, Mukah, Betong, Sri Aman, Kuching, Serian, Kapit, Bintulu, Limbang dan Miri.

Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat termasuk Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan dan Tawau, selain seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.