Hujan lebat dijangka landa tiga daerah Selangor hingga 6 petang

25 Okt 2026, 7:12 AM
Hujan lebat dijangka landa tiga daerah Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga daerah Selangor sehingga jam 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Putrajaya dan Labuan.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Sementara itu, di Pahang, amaran melibatkan Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Rompin dan Lipis, manakala Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Johor pula melibatkan Segamat, Mersing dan Kluang, selain beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Amaran ribut petir dan hujan lebat itu berkuat kuasa sehingga jam 6 petang ini.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.