Enam daerah Selangor diramal hujan lebat hingga 1 pagi

14 Okt 2026, 3:17 PM
Enam daerah Selangor diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 14 OKT: Enam daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 1 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran itu melibatkan Sepang, Hulu Langat, Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka serta beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Gua Musang, Pasir Puteh, Bachok dan Jeli, manakala Terengganu melibatkan Besut dan Setiu.

Amaran turut dikeluarkan bagi Bentong di Pahang serta Tangkak dan Muar di Johor.

Sementara itu, Perlis dan empat daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang bermula jam 11 malam ini hingga 1 pagi esok.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.