SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka permohonan penganjuran bazar raya 2027 di kawasan pentadbirannya bermula hari ini hingga 30 November.
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan permohonan perlu dikemukakan ke Kaunter Gerbang Perkhidmatan Shah Alam (GPSA), Tingkat G, Wisma MBSA.
"Penganjur perlu menyediakan beberapa dokumen bagi tujuan permohonan iaitu surat permohonan, surat kebenaran pemilik tanah, bangunan atau tempat letak kereta serta pelan lokasi.
“Penganjur juga perlu mengemukakan gambar lokasi tapak bazar dan senarai nama peniaga bazar raya," katanya menerusi Facebook.
Penganjur yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan tentang pemohonan boleh kemukakan perkara tersebut menerusi e-mel Bazar@mbsa.gov.my.









