Enam lori kontena ditunda dalam operasi bersepadu di Shah Alam

23 Okt 2026, 3:28 AM
Enam lori kontena ditunda dalam operasi bersepadu di Shah Alam
Enam lori kontena ditunda dalam operasi bersepadu di Shah Alam
Enam lori kontena ditunda dalam operasi bersepadu di Shah Alam
Enam lori kontena ditunda dalam operasi bersepadu di Shah Alam

SHAH ALAM, 23 OKT: Sebanyak enam lori kontena ditunda ke depoh tunda Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam operasi bersepadu bagi menangani isu parkir kenderaan berat di kawasan larangan sekitar bandar raya itu, semalam.

Operasi pada 22 Oktober itu dijalankan di sekitar Jalan Persiaran Sepang, Seksyen 27 dan Seksyen 28, Shah Alam dengan kerjasama Pejabat Cawangan Kota Kemuning (PCKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

MBSA dalam kenyataan memaklumkan, enam lori kontena yang ditunda dibawa ke Depoh Tunda MBSA di Seksyen 17 dan Seksyen 31.

Selain itu, PDRM mengeluarkan enam kompaun, manakala JPJ turut mengeluarkan enam kompaun atas pelbagai kesalahan yang dikesan sepanjang operasi.

Operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MBSA, Mohamad Aizuddin dengan penglibatan Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, selain PDRM dan JPJ Selangor.

Turut hadir, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 10, Wan Shaharuddin Shah Ismail.

Menurut MBSA, operasi bersepadu itu bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta menangani masalah kenderaan berat yang diletakkan di kawasan tidak dibenarkan.

MBSA memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, ketertiban dan kelancaran lalu lintas di sekitar Shah Alam.

Pemilik dan pemandu kenderaan berat turut dinasihatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan serta tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.