Rewang Komuniti Strata perkukuh hubungan kejiranan penduduk

1 Nov 2026, 2:30 PM
Rewang Komuniti Strata perkukuh hubungan kejiranan penduduk
Rewang Komuniti Strata perkukuh hubungan kejiranan penduduk
Rewang Komuniti Strata perkukuh hubungan kejiranan penduduk
Rewang Komuniti Strata perkukuh hubungan kejiranan penduduk

HULU SELANGOR, 1 NOV: Program Rewang Komuniti Strata anjuran Kerajaan Negeri menjadi platform memperkukuh hubungan kejiranan dan menyemarakkan budaya gotong-royong dalam kalangan penghuni perumahan bertingkat.

EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah berkata program itu bukan sekadar menghimpunkan penduduk untuk menyediakan makanan secara beramai-ramai, malah menjadi medium memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan komuniti.

"Program ini dirangka bukan sahaja untuk menghimpunkan penduduk melalui aktiviti kemasyarakatan, tetapi turut menjadi platform bagi membolehkan jabatan dan agensi kerajaan turun padang, mendekati masyarakat serta menyampaikan perkhidmatan secara langsung kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Rewang Komuniti Strata bertemakan “Sehati Bersama Rakyat” di Pangsapuri Seri Kiambang (PPR Serendah) di sini, malam tadi.

EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah. Foto Facebook Borhan Aman Shah

Menurutnya, pendekatan turun padang itu turut membolehkan Kerajaan Negeri memahami keperluan dan cabaran penduduk, termasuk menerusi aktiviti Ziarah Kasih bagi menyantuni beberapa keluarga di PPR Serendah.

Sebelum ini, siri pertama Program Rewang Komuniti Strata diadakan di Pangsapuri Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya pada September lalu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan komuniti setempat.

Program itu seterusnya dijadualkan berlangsung di Pangsapuri Iris, Saujana Utama, Kuala Selangor pada 5 dan 6 Disember ini dengan tumpuan kepada penglibatan komuniti serta penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada penduduk.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.