EXCO: Rewang Komuniti Strata diteruskan April, mula di Pangsapuri Seri Perantau

11 Feb 2026, 9:00 AM
EXCO: Rewang Komuniti Strata diteruskan April, mula di Pangsapuri Seri Perantau
EXCO: Rewang Komuniti Strata diteruskan April, mula di Pangsapuri Seri Perantau

KLANG, 11 FEB: Program Rewang Komuniti Strata bagi mendekati serta meneliti secara dekat isu dan keperluan penduduk dijadualkan diteruskan pada April ini, kata EXCO Perumahan.

Datuk Borhan Aman Shah berkata program berkenaan akan dimulakan di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang sebelum diperluas ke kawasan lain.

“Saya juga sedang merancang dengan LPHS kita akan buat rewang komuniti strata di sini.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media ketika hadir dalam Majlis Penyerahan Siap Kerja Baik Pulih Pendawaian Elektrik serta Penyerahan Bakul Makanan kepada penduduk Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang pada 11 Februari 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Di situ kita akan minta kerjasama dengan semua agensi kerajaan khususnya TNB untuk memberi kesedaran bagaimana untuk penggunaan elektrik sebaik mungkin dan penjagaan kawasan,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Siap Kerja Baik Pulih Semula Pendawaian Elektrik dan penyerahan bakul makanan di Pangsapuri Seri Perantau di sini, hari ini.

Pada 14 November tahun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Program Rewang Komuniti Strata bertemakan ‘Rewang Komuniti Ke Arah Kelestarian Komuniti Pangsapuri’ diteruskan pada 2026 dengan peruntukan RM2 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, program berkenaan dijadualkan berlangsung di gugusan pangsapuri berbeza dengan penglibatan agensi Kerajaan Negeri dan persekutuan bagi meneliti secara dekat isu serta keperluan penduduk strata.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah menyampaikan bakul makanan kepada penerima ketika hadir dalam Majlis Penyerahan Siap Kerja Baik Pulih Pendawaian Elektrik serta Penyerahan Bakul Makanan kepada penduduk Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang pada 11 Februari 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR