Jerebu: Tiada kawasan catat IPU tidak sihat, Selangor kekal sederhana

1 Nov 2026, 12:42 AM
Jerebu: Tiada kawasan catat IPU tidak sihat, Selangor kekal sederhana

SHAH ALAM, 1 NOV: Kualiti udara di Selangor masih berada pada tahap sederhana setakat jam 8 pagi ini, dengan Johan Setia mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negeri ini dan seluruh negara, iaitu 88.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Klang merekodkan IPU 86, diikuti Shah Alam (73), Banting (68), Petaling Jaya (65) dan Kuala Selangor (57).

Bagaimanapun, tiada kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat waktu berkenaan.

Di luar Selangor, Cheras, Kuala Lumpur mencatat bacaan IPU 82, diikuti Larkin, Johor (77), manakala Putrajaya dan Pasir Gudang, Johor masing-masing merekodkan bacaan 73.

Secara keseluruhan, sebanyak 50 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana, iaitu antara 51 hingga 100.

Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.