KUALA LUMPUR, 31 OKT: Sebanyak 47 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 5 petang ini, manakala 21 kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap baik.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Cheras mencatatkan bacaan IPU sederhana tertinggi, iaitu 75, diikuti Batu Muda (72), manakala di Selangor melibatkan Johan Setia (77), Klang (75), Shah Alam (65), Banting (63), Petaling Jaya (60) dan Kuala Selangor (55).
Di Johor, kawasan merekodkan IPU sederhana ialah Larkin (73), Kluang (67), Tangkak (62), Pasir Gudang (61), Segamat (56), Pengerang dan Kota Tinggi (masing-masing 53).
Sementara itu, di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (69), Seremban (63) dan Port Dickson (57), manakala di Perak melibatkan Tasek Ipoh (66), Seri Manjung (56), Pegoh, Ipoh (55) dan Taiping (54).
Putrajaya mencatatkan bacaan IPU 65, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai (64), Seberang Jaya (55) dan Minden (52).
Di Sarawak, tujuh kawasan merekodkan bacaan kualiti udara sederhana, iaitu Mukah (64), IPD Serian (59), Kuching (57), Samalaju (56), Sri Aman (55), Sibu (53) dan Samarahan (51).
Melaka pula merekodkan bacaan sederhana di Bandaraya Melaka (63), Bukit Rambai (62) dan Alor Gajah (61), manakala di Pahang melibatkan Balok Baru, Kuantan (61).
Di Sabah, kawasan berkenaan ialah Tawau (61), Keningau (55), Kimanis (54) dan Sandakan (52), manakala di Kelantan melibatkan Kota Bharu (59) dan Tanah Merah (52).
Kedah turut merekodkan IPU sederhana di Sungai Petani (58) dan Kulim Hi-Tech (51), manakala Kuala Terengganu, Terengganu mencatatkan bacaan 55 dan Labuan (52).
Sementara itu, sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik setakat petang ini berbanding 24 kawasan pada sebelah pagi.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).






