Kualiti udara di Selangor semakin baik, semua stesen rekod IPU bawah 53

26 Okt 2026, 1:30 AM
Kualiti udara di Selangor semakin baik, semua stesen rekod IPU bawah 53
Kualiti udara di Selangor semakin baik, semua stesen rekod IPU bawah 53

SHAH ALAM, 26 OKT: Kualiti udara di Selangor kekal pada tahap baik dan sederhana apabila semua enam stesen pemantauan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 39 hingga 53 setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Kuala Selangor merekodkan bacaan tertinggi di negeri ini iaitu 53, diikuti Klang (50), Johan Setia (43), Shah Alam dan Petaling Jaya (42) serta Banting (39).

Bacaan itu menunjukkan kualiti udara di semua stesen pemantauan Selangor masih berada dalam kategori baik dan sederhana tanpa tiada kawasan mencatatkan tahap tidak sihat.

Sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 32 kawasan mencatatkan IPU sederhana.

Sementara itu, tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 172.

Kawasan lain ialah Samarahan mencatatkan bacaan 158; Kuching (158); Sarikei (157); Sibu (155); Sri Aman (129) dan Mukah (116).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala bacaan 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.