Tiada IPU tidak sihat pagi ini, kualiti udara seluruh negara terkawal

28 Okt 2026, 2:04 AM
Tiada IPU tidak sihat pagi ini, kualiti udara seluruh negara terkawal

SHAH ALAM, 28 OKT: Tiada kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat di seluruh negara pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 9 pagi, sebanyak 25 stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik, manakala 43 lagi berada pada tahap sederhana.

Di Selangor, Kuala Selangor mencatatkan kualiti udara baik dengan bacaan IPU 37, sementara lima kawasan lain berada pada tahap sederhana.

Petaling Jaya merekodkan IPU 55, diikuti Banting (56), Klang (59), manakala Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatatkan bacaan 62.

Pada peringkat nasional, Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 11, diikuti Langkawi, Kedah (13), manakala Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 92.

Mengikut kategori Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat.

Orang ramai boleh menyemak perkembangan terkini kualiti udara menerusi portal rasmi APIMS di https://eqms.doe.gov.my/apims/main.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.