Belanjawan Selangor 2027: Kesihatan mental, warga emas diharap antara keutamaan

31 Okt 2026, 9:45 AM
Belanjawan Selangor 2027: Kesihatan mental, warga emas diharap antara keutamaan
Belanjawan Selangor 2027: Kesihatan mental, warga emas diharap antara keutamaan
Belanjawan Selangor 2027: Kesihatan mental, warga emas diharap antara keutamaan

SUBANG JAYA, 31 OKT: Program kesihatan mental dan kebajikan warga emas diharap menjadi antara keutamaan dalam Belanjawan Selangor 2027 bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata, inisiatif berkenaan wajar diberi perhatian seiring perubahan demografi Selangor.

Beliau berharap program di bawah portfolio kesihatan awam terus diperkukuh menerusi belanjawan yang bakal dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari November ini.

“Di bawah portfolio, saya harap terus diberi perhatian kerana kesihatan awam banyak program dijalankan. Walaupun ia tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi di Selangor setiap tahun kita sediakan peruntukan tinggi.

“Pada tahun ini contohnya, lebih RM40 juta diberikan untuk program seperti Selangor Saring, Iltizam Selangor Sihat dan Bantuan Sihat Selangor. Kita harap program seperti ini terus diperkukuhkan.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin ditemui media selepas Sambutan Hari Alam Sekitar dan WOD Peringkat Negeri Selangor di Sunway Square Mall pada 31 Oktober 2026.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Di samping itu, ada program lain perlu diberi perhatian seperti kesihatan mental dan berkaitan warga emas kerana Selangor bergerak ke arah masyarakat berumur,” katanya pada Sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari Ozon peringkat negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, menerusi Belanjawan Selangor 2026, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM40 juta bagi menyediakan akses kesihatan awam yang berkualiti kepada rakyat Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Amirudin berkata, Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang terbukti memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat menerima peruntukan RM20 juta.

Dalam pada itu, Jamaliah berharap Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC) yang ditubuhkan tahun lalu terus bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk swasta dalam melaksana pelbagai program.

“SCAC baharu ditubuhkan tahun lepas dan tahun seterusnya nanti kita galakkan lebih banyak 'engagement' bukan sahaja dengan agensi kerajaan tetapi swasta dan universiti.

“Ini supaya kita lebih banyak program kerjasama yang membantu Selangor,” ujarnya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.