SHAH ALAM, 8 OKT: Sebuah premis pusat hiburan di sekitar USJ 25, Subang Jaya disita dan ditutup selepas didapati menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah.
Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan serta lesen hiburan yang sah daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Susulan itu, MBSJ menyita peralatan dan barangan berkaitan aktiviti hiburan selain mengambil tindakan penutupan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta-merta.
"MBSJ akan terus mempergiat pemantauan serta operasi penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu, khususnya di kawasan komersial, bagi memastikan semua premis menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah," menurut pihak berkuasa tempata itu menerusi Facebook.
MBSJ turut mengingatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang aduan berkaitan pelanggaran peraturan melalui laman web rasmi MBSJ atau menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-8024 7700.








