Jubli Perak Pemerintahan: Sultan hadir Jamuan Teh Diraja bersama lebih 3,000 tetamu

21 Okt 2026, 10:36 AM

KLANG, 21 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat Siri Kedua sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Baginda yang diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berangkat tiba di Padang Mahkota kira-kira jam 3.14 petang.

Keberangkatan tiba kerabat diraja itu turut disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan pentadbiran negeri.

Majlis dimulakan dengan sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Klang Mohd Hasry Nor Mohd selain diserikan dengan persembahan Kombo Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Pada majlis sama, Sultan Selangor berkenan menerima persembahan cenderamata daripada Pegawai Daerah Hulu Langat Dato’ Mohd Jusni Hashim yang turut mewakili daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak, Sepang dan Kuala Selangor.

Sementara itu, Mohd Jusni berkata lebih 3,000 tetamu dari pelbagai latar belakang terpilih menerima jemputan pada Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat edisi kedua hari ini.

“Jemputan meliputi beberapa kategori mengikut daerah. Jumlahnya melebihi 3,000 orang daripada daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak, Sepang dan Kuala Selangor.

“Pada edisi kali ini, tiada perbezaan dengan edisi pertama yang lepas. Pengisiannya hampir sama, mungkin berbeza dari segi ucapan yang akan disembahkan,” katanya.

Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat Siri Kedua ini merupakan siri ketiga daripada lima siri yang disusun dalam program bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.