MetMalaysia: Amaran ribut petir empat daerah Selangor hingga 6 petang

14 Okt 2026, 7:37 AM
MetMalaysia: Amaran ribut petir empat daerah Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 14 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat daerah Selangor sehingga jam 6 petang ini.

Empat daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut melibatkan seluruh Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kedah, kawasan terjejas ialah Baling, Sik, Padang Terap, Pendang, Kubang Pasu, Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda dan Yan.

Bagi Perak, amaran meliputi Muallim, Kerian, Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang, manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Amaran turut dikeluarkan bagi Kuantan, Jerantut dan Maran di Pahang serta Batu Pahat dan Muar di Johor.

Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah turut dijangka mengalami cuaca sama sehingga jam 6 petang.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.