Selangor perkenal model Universiti Air pertama Malaysia, perkasa tenaga mahir

20 Okt 2026, 7:48 AM
Selangor perkenal model Universiti Air pertama Malaysia, perkasa tenaga mahir
Selangor perkenal model Universiti Air pertama Malaysia, perkasa tenaga mahir
Selangor perkenal model Universiti Air pertama Malaysia, perkasa tenaga mahir

SHAH ALAM, 20 OKT: Selangor menerusi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mewujudkan model ekosistem Universiti Air pertama di Malaysia bagi memperkasa pembangunan tenaga mahir dalam industri bekalan air negara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, model berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), merangkumi pembangunan modal insan, kemahiran serta latihan industri.

Menurutnya, inisiatif itu berteraskan tiga aspek utama iaitu pembangunan bakat, pengukuhan kemahiran selaras dengan keperluan industri serta pembentukan tenaga kerja yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis Pelancaran Program Kerjasama antara Air Selangor, Universiti Selangor (Unisel) dan Selangor Technical Skills Development Center (STDC) dan Majlis Penyampaian Sijil Professional Teknologi Pengurusan Bekalan Air di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 20 Oktober 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Kerjasama yang bermula menerusi pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) tahun lalu kini membuahkan hasil apabila 138 kakitangan Air Selangor menamatkan pengajian bersama Unisel, manakala 1,500 peserta memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi STDC.

“Mereka bukan sekadar mendapat sijil tetapi kelayakan pendidikan formal berdasarkan kerja lapangan dan pengalaman. Jika berjalan baik, kita boleh tawarkan pengajian peringkat diploma, ijazah, ijazah sarjana hinggalah PhD.

“Kerajaan Negeri mahu wujudkan kursus pengurusan air untuk ditawarkan kepada pengendali air di Malaysia dan antarabangsa. Kita mahu bukan hanya tahu pengurusan air tetapi meneroka teknologi baharu,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran program kerjasama antara Air Selangor, Unisel dan STDC hari ini.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyampaikan Sijil Profesional Teknologi Pengurusan Bekalan Air kepada 138 kakitangan Air Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berucap ketika majlis Pelancaran Program Kerjasama antara Air Selangor, Universiti Selangor (Unisel) dan Selangor Technical Skills Development Center (STDC) dan Majlis Penyampaian Sijil Professional Teknologi Pengurusan Bekalan Air di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 20 Oktober 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, model Universiti Air bertujuan menghubungkan pembelajaran di bilik kuliah dengan pengalaman bekerja dalam operasi sebenar industri bekalan air.

“Dalam kerjasama ini, Air Selangor akan menyediakan pendedahan dan latihan melalui operasi sebenar industri bekalan air. Unisel pula menyumbang kepakaran akademik manakala STDC memberi tumpuan kepada latihan teknikal dan kemahiran praktikal.

“Usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Selangor untuk belajar, membina kemahiran dan memilih kerjaya dalam industri air selain memberi ruang kepada warga kerja sedia ada untuk terus menambah ilmu dan mengembangkan potensi diri,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.