‘Menggigil juga, tetapi sangat teruja’, mahasiswa kongsi detik istimewa di istana

18 Okt 2026, 10:40 AM
‘Menggigil juga, tetapi sangat teruja’, mahasiswa kongsi detik istimewa di istana
‘Menggigil juga, tetapi sangat teruja’, mahasiswa kongsi detik istimewa di istana
‘Menggigil juga, tetapi sangat teruja’, mahasiswa kongsi detik istimewa di istana
‘Menggigil juga, tetapi sangat teruja’, mahasiswa kongsi detik istimewa di istana
‘Menggigil juga, tetapi sangat teruja’, mahasiswa kongsi detik istimewa di istana

KLANG, 18 OKT: Seorang mahasiswa mengakui tangannya menggigil kerana terlalu teruja apabila Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj secara spontan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya pada Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat di Istana Alam Shah, hari ini.

Muhammad Adli Dzulkifli, 22, menyifatkan detik berkenaan sebagai kenangan cukup istimewa, apatah lagi majlis itu diadakan bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Sharafuddin.

“Memang teringin nak salam tetapi tengok Tuanku laju ke depan tiba-tiba Tuanku nampak saya terus hulur tangan.

"Saya ingat dah tak dapat salam Tuanku. Menggigil juga, tetapi memang sangat teruja,” katanya kepada Media Selangor.

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Adli Dzulkifli. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin dilanjutkan usia serta dikurniakan kesihatan yang baik, selain berharap Selangor terus maju dan makmur di bawah naungan pemerintahan baginda.

Sementara itu, Tey Han Cherk, 53, turut melahirkan rasa teruja apabila berpeluang melihat Sultan Sharafuddin serta kerabat diraja dari dekat dalam kunjungan pertamanya ke istana.

Pegawai perhubungan kampung di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menetap di Subang Jaya itu menyifatkan kunjungan berkenaan sebagai pengalaman cukup bermakna.

“Saya dan pasukan saya dari Petaling Jaya sangat teruja. Ini pertama kali kami jejakkan kaki ke istana dan melihat sendiri Tuanku serta kerabat semua di depan mata,” katanya.

Pegawai perhubungan kampung di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tey Han Cherk. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

Pengalaman sama dikongsi Zainuddin Hamidi, 55, dari Johan Setia, Klang yang hadir bersama kira-kira 30 wakil kawasan itu.

Beliau yang juga pertama kali memasuki istana menyifatkan majlis tersebut sebagai peluang mendekati institusi diraja, selain memuji keperibadian Sultan Sharafuddin yang mesra rakyat.

“Negeri ini memang banyak kelebihan, termasuk dari segi makanan yang pelbagai. Apa yang saya boleh kata Tuanku sangat mesra rakyat, kerap turun padang,” katanya.

Majlis siri pertama itu menghimpunkan lebih 3,000 rakyat dari empat daerah iaitu Klang, Petaling, Sabak Bernam dan Hulu Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Sharafuddin.

Wakil penduduk Johan Setia, Klang Zainuddin Hamidi. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

Dalam majlis berkenaan, baginda turut beramah mesra dengan tetamu yang hadir, termasuk meluangkan masa untuk berswafoto dan bergambar bersama rakyat.

Turut berkenan berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bersama isteri, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.

Keberangkatan baginda disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.