Jerebu: 24 kawasan catat IPU tidak sihat termasuk Klang, Johan Setia

17 Okt 2026, 12:02 AM

SHAH ALAM, 17 OKT: Sebanyak 24 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi, dengan Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 198.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bacaan di Pasir Gudang hampir mencecah paras 200, iaitu had tertinggi kategori udara tidak sihat.

Di Selangor, Klang dan Johan Setia masing-masing merekodkan bacaan IPU 172, sekali gus antara 10 lokasi yang mencatat tahap pencemaran udara tertinggi di seluruh negara.

Selain Pasir Gudang, lokasi lain yang merekodkan bacaan tinggi ialah Larkin (179), Pengerang (175), Nilai (174) dan Kota Tinggi (173).

Turut mencatat bacaan pada tahap tidak sihat ialah Seremban (170), Bandaraya Melaka (169) dan Batu Pahat (169).

Sementara itu, 43 lokasi lain merekodkan kualiti udara sederhana termasuk Tanjung Malim, Kuala Selangor, Seri Manjung, Tasek Ipoh dan Temerloh.

Kapit di Sarawak pula menjadi satu-satunya stesen yang mencatat kualiti udara baik dengan bacaan IPU 46.

Mengikut kategori IPU, bacaan sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.