JAIS sahkan dua individu ditahan kes khalwat babit figura awam

16 Okt 2026, 2:33 AM
JAIS sahkan dua individu ditahan kes khalwat babit figura awam
JAIS sahkan dua individu ditahan kes khalwat babit figura awam

SHAH ALAM, 16 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di sekitar daerah Petaling, petang semalam.

Pengarah JAIS Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata tangkapan dilakukan kira-kira jam 6 petang berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Shahzihan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan fitnah berhubung kes berkenaan.

"JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara," katanya.

Sementara itu, BH melaporkan individu terbabit merupakan bekas menteri yang juga pemimpin politik berusia 44 tahun, dipercayai ditahan bersama seorang wanita yang dikatakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut laporan itu, kedua-duanya ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di Petaling Jaya sebelum dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.