Amaran ribut petir di Hulu Selangor, enam negeri hingga petang

26 Nov 2026, 6:50 AM
Amaran ribut petir di Hulu Selangor, enam negeri hingga petang

SHAH ALAM, 26 NOV: Hulu Selangor antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang memaklumkan cuaca buruk itu turut dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang meliputi Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Amaran turut melibatkan Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Kerian di Perak serta Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong di Pahang.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Matu, Dalat dan Mukah di Bahagian Mukah, Tatau dan Bintulu di Bahagian Bintulu, Samarahan serta Sibu.

Sementara itu, amaran di Sabah melibatkan Tambunan dan Sipitang di Pedalaman, Kinabatangan di Sandakan, Kota Marudu di Kudat serta Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Penampang di Pantai Barat.

Amaran ribut petir itu berkuat kuasa sehingga jam 5 petang hari ini.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.