MBPJ, Google teroka kerjasama perkukuh transformasi digital

14 Okt 2026, 6:09 AM
MBPJ, Google teroka kerjasama perkukuh transformasi digital

SHAH ALAM, 14 OKTOBER: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneroka peluang kerjasama strategik dengan Google Asia Pasifik dan Arus Academy bagi memperkukuh transformasi digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bandar raya.

MBPJ memaklumkan pertemuan itu bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan modal insan dan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Antara fokus utama perbincangan ialah penambahbaikan proses kerja menerusi integrasi dan analisis data, pembangunan kompetensi warga kerja serta pemanfaatan teknologi digital bagi memastikan penyampaian perkhidmatan lebih cekap, tepat dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

“Sesi itu disertai Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Yazid Sairi bersama Pengurus Pembangunan Komuniti Tenaga Kerja Google Asia Pasifik Arina Dafir dan Pengarah Arus Academy David Chak,” kongsinya di Facebook.

MBPJ memaklumkan inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan tersebut untuk memperkukuh tadbir urus berteraskan teknologi dan inovasi, selaras dengan aspirasi menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya pintar, mampan dan berdaya saing.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.