Disyaki lakukan ritual agama lain, JAIS tahan Aliff Daniel dan ibu bagi bantu siasatan

13 Okt 2026, 8:49 AM
Disyaki lakukan ritual agama lain, JAIS tahan Aliff Daniel dan ibu bagi bantu siasatan
Disyaki lakukan ritual agama lain, JAIS tahan Aliff Daniel dan ibu bagi bantu siasatan
Disyaki lakukan ritual agama lain, JAIS tahan Aliff Daniel dan ibu bagi bantu siasatan

SHAH ALAM, 13 OKT: Seorang lelaki berusia 21 tahun yang tular kerana didakwa melakukan ritual agama lain ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan berhubung perbuatan yang dipercayai bertentangan dengan hukum syarak Islam.

Lelaki itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur kira-kira jam 1 tengah hari tadi sebelum dibawa ke Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, untuk siasatan lanjut.

Ibunya yang berusia 52 tahun turut ditahan. Kedua-dua mereka tiba di bangunan berkenaan pada jam 3.50 petang sebelum dibawa ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS.

Pengarah JAIS, Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata lelaki yang dikenali sebagai Aliff Daniel dan ibunya akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurutnya, JAIS juga dijangka memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dato' Mohd Shahzihan Ahmad. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Tangkapan terhadap kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) dibuat melalui waran tangkap bersaling (tindakan bersaling) yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Shah Alam.

“JAIS memandang serius perkara ini dan akan memastikan setiap tindakan diambil berdasarkan bidang kuasa, undang-undang dan fakta kes.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.