Mayat lelaki ditemukan lemas dalam parit

11 Okt 2026, 1:30 PM
Mayat lelaki ditemukan lemas dalam parit

KEPALA BATAS, 11 OKT: Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di dalam parit berhampiran Surau Permatang Pak Elong, Jalan Permatang Pak Elong di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 3.52 petang bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat itu.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi dan mendapati mayat lelaki itu berada di dalam parit sebelum komander operasi mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat ke kawasan selamat.

“Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata operasi yang melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) itu tamat pada 6.44 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.