Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 5 petang

11 Okt 2026, 7:13 AM
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 5 petang

SHAH ALAM, 11 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 2.45 petang memaklumkan kawasan Hulu Selangor antara yang dijangka mengalami cuaca buruk.

Amaran sama turut melibatkan seluruh Melaka serta Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Kluang, Kulai, Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Kota Tinggi.

Sementara itu, bagi negeri di utara Semenanjung, amaran dikeluarkan untuk seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah dan Perak.

Kawasan terlibat di Kedah ialah Sik, Baling, Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Pendang, manakala di Perak meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Pantai Timur, cuaca buruk dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang dan Kuala Krai di Kelantan serta Setiu dan Besut di Terengganu.

Bagi Pahang, amaran melibatkan Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Lipis.

Di Malaysia Timur, kawasan terlibat ialah Kuching, Sarikei, Bintulu (Tatau), Sibu dan Miri (Miri dan Marudi) di Sarawak.

Sementara itu, amaran di Sabah meliputi Kudat, Pantai Barat, beberapa kawasan Pedalaman, Tawau (Kalabakan dan Tawau) serta Sandakan (Tongod dan Telupid).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.