MBPJ hapus 1,352 burung gagak di 27 lokasi panas Petaling Jaya

11 Okt 2026, 9:00 AM
MBPJ hapus 1,352 burung gagak di 27 lokasi panas Petaling Jaya
MBPJ hapus 1,352 burung gagak di 27 lokasi panas Petaling Jaya

SHAH ALAM, 11 OKT: Sebanyak 1,352 burung gagak dihapuskan menerusi Operasi Kawalan Populasi Burung Gagak 2026 di 27 lokasi panas sekitar Petaling Jaya, semalam.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan operasi membabitkan 24 peserta itu dilaksanakan secara bersasar bagi menangani gangguan burung gagak yang menjejaskan kebersihan, kesihatan awam dan kesejahteraan penduduk.

Operasi berkenaan turut mendapat kelulusan pihak polis dengan aspek keselamatan orang awam diberikan keutamaan sepanjang pelaksanaannya.

Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohd Yazid Sairi menyempurnakan perasmian dan pelepasan pasukan penembak di pekarangan Ibu Pejabat MBPJ.

"Sebanyak 241 aduan berkaitan gangguan burung gagak diterima sepanjang 2020 hingga September tahun ini.

"Pada tahun lalu, sebanyak 3,427 burung gagak dihapuskan menerusi dua siri operasi yang dijalankan," menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

MBPJ memaklumkan tindakan kawalan secara bersasar dan berterusan akan diteruskan bagi membendung gangguan burung gagak di kawasan pentadbirannya.

Pada masa sama, orang ramai digalakkan mengurus sisa makanan secara bertanggungjawab bagi membantu mengawal populasi burung gagak serta memastikan Petaling Jaya kekal bersih, selamat dan sejahtera.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.