ad
PBT

Lebih 2,000 burung gagak ditembak dalam operasi MBPJ

28 Ogos 2023, 2:38 AM
Lebih 2,000 burung gagak ditembak dalam operasi MBPJ

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 OGOS: Sebanyak 2,090 burung gagak ditembak dalam operasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan operasi di 19 lokasi sekitar Petaling Jaya bermula jam 7.30 pagi hingga 7 malam disertai 35 penembak.

"Operasi bertujuan mengurangkan populasi burung gagak yang sering membawa masalah kesihatan dan mengotorkan premis perniagaan serta harta benda di sekitar bandar raya ini.

"Terima kasih kepada penduduk Petaling Jaya atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi berlangsung," maklum MBPJ di Facebook.

Pelepasan para peserta disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Mohd Amir di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.