ad
PBT

MBSA tembak 1,453 ekor burung gagak

29 Nov 2021, 3:40 AM
MBSA tembak 1,453 ekor burung gagak

SHAH ALAM, 29 NOV: Sebanyak 1,453 ekor burung gagak berjaya ditembak dalam operasi mengurangkan populasi haiwan berkenaan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam Shahrin Ahmad berkata seramai 10 orang penembak mengambil bahagian dalam operasi bermula jam 6.30 pagi hingga 9 malam di kawasan pentadbiran MBSA.

"Tabiat burung gagak yang menyelongkar tong sampah menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu serta menimbulkan rungutan kepada orang ramai.

"Justeru, operasi ini merupakan inisiatif untuk mengurangkan jumlah populasi burung gagak di kawasan pentadbiran MBSA,"katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai diharap memberi kerjasama menjaga kebersihan terutama aspek pengurusan sampah bagi mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.