Belanjawan 2027: Kerajaan Selangor, Persekutuan sepakat lima langkah utama tangani banjir

9 Okt 2026, 8:13 AM
Belanjawan 2027: Kerajaan Selangor, Persekutuan sepakat lima langkah utama tangani banjir
Belanjawan 2027: Kerajaan Selangor, Persekutuan sepakat lima langkah utama tangani banjir

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai, sebagai langkah segera mengurangkan banjir kilat di Lembah Klang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha menangani masalah banjir kilat yang sering menjejaskan kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor turut menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun akan datang.

"Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun mendatang.

"Sebagai langkah segera, RM100 juta disediakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.