JPN Selangor diminta sedia pelan alternatif calon SPM jika jerebu berpanjangan

9 Okt 2026, 5:10 AM
JPN Selangor diminta sedia pelan alternatif calon SPM jika jerebu berpanjangan
JPN Selangor diminta sedia pelan alternatif calon SPM jika jerebu berpanjangan
JPN Selangor diminta sedia pelan alternatif calon SPM jika jerebu berpanjangan

PUTRAJAYA, 9 OKT: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor perlu menyediakan pelan alternatif jika jerebu berpanjangan bagi memastikan pembelajaran terutama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak terjejas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri bersedia membantu dan memudah cara keperluan JPN bagi meneruskan proses pembelajaran sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah akibat jerebu

“Kita menjunjung tinggi titah dan hari ini semua sekolah (di Selangor) ditutup dan telah melaksanakan PdPR. Jadi kita akan berjumpa dengan JPN untuk melihat supaya proses pendidikan anak-anak tidak terganggu ketika mereka tidak pergi ke sekolah, lebih-lebih lagi tarikh peperiksaan SPM sudah hampir.

“Saya rasa JPN perlu menyediakan pelan kalau hal ini berpanjangan. Walaupun kita jangkakan hal ini akan tamat menjelang pertengahan Oktober, laporan terbaru daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mungkin menunjukkan keadaan ini berlarutan hingga November.

“Jadi, kalau ia berpanjangan sampai November dan Disember, mungkin kita kena ada pelan kontingensi untuk peperiksaan SPM,” katanya selepas menyempurnakan perasmian Pameran TCab Tech E20 eVTOL: Jurutera Malaysia, Impak Global di sini hari ini.

Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta institusi pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarahkan tutup mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak susulan jerebu yang semakin teruk.

JPN Selangor menerusi kenyataan memaklumkan sekolah terlibat perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), manakala guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) diarahkan bekerja dari rumah, tertakluk pada arahan serta keperluan semasa.

Penutupan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan jerebu serta menekankan kepentingan keselamatan dan kesihatan murid.

Susulan itu, KPM mengumumkan penutupan institusi pendidikan di kawasan terjejas bagi mengurangkan risiko pendedahan murid dan warga sekolah kepada pencemaran udara.

Peperiksaan SPM 2026 dijadualkan berlangsung dari 26 Oktober hingga 17 Disember 2026.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.