170 calon SPM Sekolah Seri Puteri terima pek makanan NutriSel

26 Nov 2026, 9:32 AM
170 calon SPM Sekolah Seri Puteri terima pek makanan NutriSel
170 calon SPM Sekolah Seri Puteri terima pek makanan NutriSel
170 calon SPM Sekolah Seri Puteri terima pek makanan NutriSel
170 calon SPM Sekolah Seri Puteri terima pek makanan NutriSel

CYBERJAYA, 26 NOV: Seramai kira-kira 170 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Seri Puteri menerima pek makanan menerusi Program Mega Nutrisi Selangor (NutriSel) bagi membantu memenuhi keperluan pemakanan sepanjang tempoh peperiksaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menyediakan bekalan tambahan makanan berkhasiat termasuk vitamin, roti, susu dan barangan makanan lain, selain keperluan praktikal seperti kipas serta bank kuasa untuk pelajar asrama.

“Pihak asrama sudah menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jadi, pek ini diberikan sebagai sokongan tambahan untuk digunakan pada waktu malam atau pagi sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan,” katanya selepas program penyerahan bantuan di sekolah itu hari ini.

Amirudin berkata pek makanan yang disediakan kepada pelajar asrama mampu bertahan selama kira-kira empat hingga lima hari, memandangkan inisiatif berkenaan dilaksanakan kepada calon SPM di seluruh Selangor.

“Bagi sekolah harian, kita menyediakan makanan untuk tempoh lima hari, bersesuaian dengan lima mata pelajaran teras. Untuk pelajar asrama pula, kita serahkan sekali gus supaya mereka boleh menggunakannya dalam tempoh empat hingga lima hari,” katanya.

Secara keseluruhan, lebih 73,000 calon SPM di seluruh Selangor termasuk pelajar sekolah berasrama dijangka menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Seri Puteri, Azizah Othman berkata program itu mendapat sambutan baik dalam kalangan pelajar, khususnya mereka yang menetap di asrama.

“Bekalan makanan yang diberikan sangat berkhasiat, terutama untuk calon SPM dan pelajar juga amat gembira menerima sumbangan ini,” katanya.

Beliau menyambut baik pelaksanaan inisiatif itu dan berharap program berkenaan dapat diteruskan serta diperluas pada masa akan datang kerana ketika ini ia memberi manfaat kepada calon SPM.

Katanya, bantuan itu turut meringankan beban ibu bapa serta membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan mendapatkan bekalan makanan tambahan daripada kerajaan negeri.

Pada Isnin lalu, kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta menerusi program NutriSel dan MegaNutriSel bagi membantu 73,594 calon SPM di seluruh Selangor dengan menyediakan bekalan makanan dan nutrisi tambahan sepanjang tempoh peperiksaan.

Sebelum ini, pada 23 Oktober, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan program MegaNutriSel diperluas kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM di negeri ini.

Program berkenaan dirancang bagi membantu memenuhi keperluan nutrisi calon sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.