2,442 calon SPM sekolah berasrama Selangor terima Bakul NutriSel tambahan

27 Nov 2026, 8:00 AM
2,442 calon SPM sekolah berasrama Selangor terima Bakul NutriSel tambahan
2,442 calon SPM sekolah berasrama Selangor terima Bakul NutriSel tambahan
2,442 calon SPM sekolah berasrama Selangor terima Bakul NutriSel tambahan
2,442 calon SPM sekolah berasrama Selangor terima Bakul NutriSel tambahan

SHAH ALAM, 27 NOV: Seramai 2,442 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah berasrama seluruh Selangor menerima Bakul NutriSel yang mengandungi makanan tambahan, vitamin dan kelengkapan lain bagi membantu mereka sepanjang peperiksaan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu melibatkan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Maktab Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Menurutnya, Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan berbeza bagi pelajar asrama memandangkan mereka sudah menerima hidangan harian yang disediakan pihak sekolah.

“Menerusi Program NUTRISEL SPM 2026, kita mengambil pendekatan berbeza bagi pelajar sekolah berasrama yang telah disediakan hidangan harian oleh pihak sekolah.

“Justeru, kita menyediakan Bakul NUTRISEL yang mengandungi makanan tambahan, vitamin serta kelengkapan lain bagi memastikan mereka lebih bersedia dan selesa sepanjang menghadapi peperiksaan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Amirudin berkata demikian selepas menyantuni calon SPM dan menyempurnakan simbolik penyerahan 176 Bakul NutriSel di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan merupakan satu-satunya SBP di daerah Sepang.

Beliau berkata seramai 3,525 calon SPM daripada 13 sekolah di daerah itu menerima manfaat program berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 68,397 calon SPM sekolah harian di seluruh Selangor menerima hidangan makan tengah hari sepanjang lima hari peperiksaan bagi mata pelajaran teras.

Amirudin berkata inisiatif NutriSel bukan sekadar memenuhi keperluan pemakanan, malah bertujuan memberi sokongan dan semangat kepada calon menghadapi peperiksaan.

Beliau berharap bantuan berkenaan dapat meningkatkan keselesaan serta keyakinan pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta menerusi program NutriSel dan MegaNutriSel bagi menyediakan bantuan makanan tambahan kepada calon SPM di Selangor sepanjang tempoh peperiksaan.

Sebelum ini, pada 23 Oktober, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan program MegaNutriSel diperluas kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM di negeri ini.

Program berkenaan dirancang bagi membantu memenuhi keperluan nutrisi calon sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.