Jumlah penerima bantuan i-SEED meningkat, 200 diluluskan tahun ini

8 Okt 2026, 2:30 PM
Jumlah penerima bantuan i-SEED meningkat, 200 diluluskan tahun ini
Jumlah penerima bantuan i-SEED meningkat, 200 diluluskan tahun ini

KAJANG, 8 OKT: Jumlah penerima Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) meningkat saban tahun, dengan 200 permohonan diluluskan tahun ini berbanding 164 pada 2025 dan 152 pada 2024.

Ketua Penyelaras Unit i-SEED, Mathavan Muniandy berkata, kelulusan tahun ini membabitkan pemohon dari sembilan kawasan di Selangor, termasuk 21 permohonan di Hulu Langat.

Menurutnya, peningkatan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan i-SEED yang dilaksanakan selama lima tahun bagi membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka.

“Bantuan peralatan diberikan berdasarkan keperluan perniagaan setiap penerima supaya peralatan yang diterima dapat membantu meningkatkan kapasiti dan operasi perniagaan mereka.

“Penerima juga akan dipantau bagi melihat perkembangan perniagaan masing-masing dan laporan akan disampaikan kepada Dato’ Menteri Besar,” katanya selepas penyerahan bantuan i-SEED kepada Sumathira Vediveloo di Kajang, hari ini.

Ketua Penyelaras Unit i-SEED, Mathavan Muniandy. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Mathavan berkata, peniaga yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mengemukakan permohonan menerusi Ketua Komuniti India (KKI) di kawasan DUN masing-masing.

Pada masa sama, beliau menasihatkan penerima agar menggunakan peralatan yang diterima digunakan mengikut keperluan perniagaan.

“Saya berharap penerima dapat menggunakan peralatan yang diberikan dengan sebaiknya supaya bantuan ini benar-benar memberi manfaat kepada perkembangan perniagaan mereka,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.