MB: Selangor hargai kepelbagaian, persefahaman asas perpaduan

15 Nov 2026, 1:08 AM
MB: Selangor hargai kepelbagaian, persefahaman asas perpaduan
MB: Selangor hargai kepelbagaian, persefahaman asas perpaduan
MB: Selangor hargai kepelbagaian, persefahaman asas perpaduan
MB: Selangor hargai kepelbagaian, persefahaman asas perpaduan
MB: Selangor hargai kepelbagaian, persefahaman asas perpaduan

KLANG, 15 NOV: Selangor terus menghargai dan meraikan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum dengan menjadikan sikap saling menghormati serta memahami perbezaan sebagai asas perpaduan negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata persefahaman antara masyarakat penting bagi memastikan Selangor kekal maju dan berdaya saing.

“Selain kita merayakan Aidilfitri, kita raikan Tahun Baharu Cina, Krismas dan Deepavali. Perayaan Deepavali memberi makna begitu besar kepada kehidupan, falsafah dan perjalanan masyarakat India.

“Kita ingin memastikan negeri yang kita cintai Selangor menghargai kepelbagaian, meraikan masyarakat berbilang kaum yang bukan hanya hormat tetapi faham antara satu sama lain," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Selangor di Dataran Klang di sini, malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Selangor 2026 di Dataran Klang pada 14 November 2026. Foto Facebook MBDK

Amirudin turut mengaitkan pendekatan itu dengan hasrat memastikan Selangor terus maju dan berdaya saing menjelang usia negeri itu 100 tahun, kira-kira 30 tahun lagi.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM5 juta kepada 87 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Lima Agama Selangor (LIMAS) bernilai RM2.012 juta.

Beliau juga menyerahkan bantuan menerusi Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) kepada 200 usahawan.

Sementara itu, EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata Kerajaan Negeri mahu memastikan masyarakat India turut menikmati hasil pembangunan dan kemakmuran Selangor selaras dengan komitmen mengutamakan kesejahteraan seluruh rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama seorang penerima hadiah televisyen sempena Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Selangor 2026 di Dataran Klang pada 14 November 2026. Foto Facebook MBDK

Menerusi teks ucapan yang dibacakan Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau, beliau berkata Belanjawan Selangor 2027 membuka peluang lebih luas kepada graduan dan pencari kerja, termasuk masyarakat India untuk berhubung secara langsung dengan majikan.

Menurutnya, usaha itu juga bertujuan meningkatkan kemahiran dan memperkukuh kebolehpasaran golongan berkenaan dalam industri.

“Apa yang ingin kita pastikan ialah masyarakat India bukan sekadar menjadi sebahagian daripada angka pertumbuhan ekonomi Selangor, tetapi turut menjadi penerima manfaat dan rakan penting dalam pembangunan negeri.

“Kita mahu anak-anak masyarakat India mendapat pendidikan berkualiti, golongan muda mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik, keluarga berpendapatan rendah mendapat perlindungan sewajarnya dan usahawan mempunyai ruang untuk mengembangkan perniagaan,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.