GM Klang perkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar PISB di Lembah Klang

8 Okt 2026, 9:27 AM
GM Klang perkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar PISB di Lembah Klang
GM Klang perkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar PISB di Lembah Klang
GM Klang perkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar PISB di Lembah Klang
GM Klang perkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar PISB di Lembah Klang
GM Klang perkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar PISB di Lembah Klang

KLANG, 8 OKT: GM Klang memperkukuh peranannya sebagai platform pertumbuhan perniagaan menerusi pembukaan rasmi cawangan terbesar PISB di Lembah Klang. Majlis itu turut meraikan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori "Largest Variety of Malay Wedding Products by a Wedding Supplier".

Terletak di Tingkat 5, Blok B, cawangan baharu ini berkeluasan lebih 20,000 kaki persegi. Pembukaannya membuktikan perkembangan PISB sebagai jenama tempatan, sekali gus menonjolkan GM Klang sebagai lokasi strategik untuk perniagaan berkembang dan menembusi pasaran lebih luas.

Sebagai destinasi pemborongan di Klang, GM Klang terus memperkukuh teras perniagaan B2B sambil berkembang ke arah pendekatan B2B2C. Melangkaui aktiviti pemborongan dan peruncitan, GM Klang kini memperluas peranannya menerusi inisiatif gaya hidup, pelancongan, komuniti dan kreativiti. Selain ruang perniagaan, GM Klang menyediakan pendedahan pasaran, kerjasama strategik dan peluang promosi yang menghubungkan pengusaha dengan pengguna, pembeli perniagaan dan komuniti.

Pengarah Urusan GM Klang, Dato' Lim Seng Kok, berkata pembukaan ini mencerminkan jenis perkembangan perniagaan yang mahu terus disokong.

"Kami mahu mengukuhkan peranan GM Klang, bukan sekadar sebagai tempat berniaga, tetapi sebagai platform yang membantu perniagaan membina jenama, berkembang dan mencapai pasaran lebih luas. Apabila penyewa dan pengusaha kami berkembang, GM Klang turut berkembang bersama mereka," katanya.

Pembukaan ini bertepatan dengan sambutan 35 tahun PISB dalam perniagaan. Ditubuhkan pada 1991 di Ayer Hitam, Johor, PISB kini mempunyai 17 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, dari Johor hingga Kelantan, selain platform e-dagang. PISB turut mempunyai pasukan rekaan sendiri yang menghasilkan produk mengikut cita rasa tempatan dan tema perkahwinan. Produknya merangkumi barangan perkahwinan, cenderahati tetamu, bunga telur, pembungkusan hadiah, bunga tiruan serta pasu dan pokok hiasan tiruan. Kebanyakannya ready stock, dengan tawaran pakej dan harga mengikut kuantiti. Pengiktirafan MBR diberikan berdasarkan jumlah Stock Keeping Unit (SKU) unik dalam inventori gabungan 17 cawangan PISB yang telah dikemukakan dan disahkan.

"Setiap perkahwinan berbeza, begitu juga keperluan, cita rasa dan bajet pelanggan. Bagi kami, 'Largest Variety' bermaksud memberi lebih banyak pilihan kepada mereka," kata Pengurus Besar PISB, Puan Goh.

"Kami akan terus menghasilkan produk berkualiti, menawarkan nilai lebih baik dan meningkatkan latihan kakitangan bagi pengalaman membeli-belah yang lebih baik," katanya.

PISB berhasrat menjadi antara jenama pilihan utama rakyat Malaysia bagi barangan perkahwinan Melayu, sambil terus meluaskan capaian melalui kedai fizikal dan platform digital. Turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Wira Dr. Calvin Khiu; Ketua Pegawai Operasi MBR, Encik Jwan Heah; dan Pegawai MBR, Puan Siti Hajar Binti Johor.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.