Fun & Freshen Up! 2.0 GM Klang pupuk kesedaran jaga alam sekitar

19 Sep 2026, 8:30 AM
Fun & Freshen Up! 2.0 GM Klang pupuk kesedaran jaga alam sekitar
Fun & Freshen Up! 2.0 GM Klang pupuk kesedaran jaga alam sekitar
Fun & Freshen Up! 2.0 GM Klang pupuk kesedaran jaga alam sekitar
Fun & Freshen Up! 2.0 GM Klang pupuk kesedaran jaga alam sekitar

KLANG, 19 SEPT: GM Klang meneruskan usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kebersihan alam sekitar menerusi program Fun & Freshen Up! 2.0 di sekitar Bandar Botanic hari ini.

Program yang dianjurkan bersama Persatuan Pemborong Malaysia dengan sokongan Persatuan Pahlawan Bumi itu diadakan sempena Hari Cuci Malaysia 2026 dan Earth Warriors Day 2026.

Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman berkata penganjuran kali ini tidak hanya tertumpu di kawasan GM Klang, malah turut melibatkan kawasan sekitar pusat pemborong berkenaan.

“Kita bukan sekadar mengutip sampah sebaliknya memupuk kesedaran supaya tidak malu membuatnya. GM Klang amat teruja dengan pelaksanaan program kali ini kerana mendapat sambutan bukan sahaja daripada peniaga tetapi komuniti setempat.

“Jumlah penyertaan juga bertambah yang mana kita bermula dengan 30 sukarelawan dan kini disertai lebih 50 individu. Kita juga menggalakkan sukarelawan membawa anak-anak menyertai supaya tidak hanya tertumpu kepada gajet,” katanya ketika ditemui pada program Fun & Freshen Up! 2.0 di sini, hari ini.

Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman ditemui media di Fun and Freshen Up! 2.0 di perkarangan GM Klang pada 19 September 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Menurutnya, program tanggungjawab sosial korporat itu (CSR) akan terus dilaksanakan setiap tahun merangkumi aktiviti kebersihan, bantuan kepada golongan kurang berkemampuan serta program komuniti.

“Setiap tahun memang kita laksana program CSR termasuk aktiviti kebersihan, membantu mereka yang susah serta mengumpulkan komuniti untuk festival berkaitan seperti sambutan perayaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis N49B Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Azwan Adam berkata kebersihan kawasan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ahli Majlis N49B Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Azwan Adam ditemui media ketika program Fun & Freshen Up! 2.0 di pekarangan GM Klang pada 19 September 2026. — Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

“Seiring dengan mesej ‘Kawasan kita, tanggungjawab kita’, program yang melibatkan pertubuhan bukan kerajaan ini seharusnya diteruskan dan disertai lebih ramai komuniti setempat.

“Setiap kebersihan bukan hanya individu sahaja tetapi perlu kerjasama komuniti setempat. Sukarelawan dibahagi kepada lima kumpulan dan terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia," katanya.

Azwan berkata penglibatan kanak-kanak dalam program pembersihan penting bagi memupuk kesedaran sejak awal mengenai kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta mengelakkan amalan membuang sampah merata-rata.

Beliau turut berharap lebih banyak syarikat menganjurkan program seumpama itu dan memperluas pelaksanaannya ke komuniti lain.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.