IPU Selangor kekal tidak sihat, Johan Setia hampir cecah 200

7 Okt 2026, 7:38 AM
IPU Selangor kekal tidak sihat, Johan Setia hampir cecah 200

SHAH ALAM, 7 OKT: Kualiti udara di Selangor kekal pada tahap tidak sihat di beberapa kawasan petang ini, manakala Kuala Selangor yang mencatat bacaan sederhana pada sebelah pagi turut beralih ke kategori sama.

Setakat jam 3.15 petang, Johan Setia mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Selangor pada 190.

Shah Alam merekodkan bacaan 178, diikuti Petaling Jaya 175, Banting 173 dan Klang 170.

Kuala Selangor pula mencatat bacaan 152, meningkat daripada tahap sederhana pada sebelah pagi kepada tidak sihat petang ini.

Secara keseluruhan, semua stesen pemantauan utama di Selangor yang disenaraikan setakat waktu berkenaan berada dalam kategori tidak sihat.

Berbanding bacaan pagi, kebanyakan kawasan menunjukkan perubahan kecil, namun Kuala Selangor merekodkan peningkatan lebih ketara apabila bacaan naik ke paras melebihi 150.

Di kawasan sekitar Lembah Klang, Cheras merekodkan IPU 187, Putrajaya 184 dan Batu Muda 180, turut berada pada tahap tidak sihat.

Di peringkat nasional, sebanyak 37 kawasan mencatat IPU tidak sihat setakat jam 3.15 petang.

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Orang ramai khususnya golongan sensitif disaran terus memantau bacaan semasa menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) dan mengurangkan aktiviti luar jika keadaan bertambah buruk.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.