SPR adakan mesyuarat khas, tentukan tarikh penting PRN Melaka hari ini

7 Okt 2026, 1:34 AM
SPR adakan mesyuarat khas, tentukan tarikh penting PRN Melaka hari ini
SPR adakan mesyuarat khas, tentukan tarikh penting PRN Melaka hari ini
SPR adakan mesyuarat khas, tentukan tarikh penting PRN Melaka hari ini

MELAKA, 7 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sebuah hotel di Jalan Bendahara di sini hari ini.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu dijadual bermula 10 pagi, sebelum satu sidang media diadakan sejurus selesai mesyuarat berkenaan.

Sidang media tersebut diadakan bagi mengumumkan tarikh penting PRN Melaka termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian dan tempoh berkempen serta maklumat mengenai lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Pada 22 September lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berkuat kuasa 23 September bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.

PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan seterusnya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.