21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini

3 Okt 2026, 7:41 AM
21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini
21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini
21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini
21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini
21,000 penerima TAWAS layak tuntut manfaat RM1,500 tahun ini

KLANG, 3 OKT: Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM31 juta bagi pembayaran manfaat RM1,500 kepada 21,000 penerima kumpulan pertama Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tahun ini.

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini, 13,000 penerima sudah mendaftar untuk menuntut manfaat berkenaan dengan usaha menghubungi baki penerima akan dipergiat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Setakat hari ini yang telah mendaftar untuk mengambil duit itu dalam 13,000 daripada 21,000 secara keseluruhan. Jadi berbaki beberapa bulan ini, kita akan mempergiat lagi promosi.

“Ada sebahagian daripada peserta ini telah berpindah, menukar alamat dan juga telefon. Jadi kita berharap siapa yang mendaftar TAWAS dulu, tolong hubungi pejabat pusat khidmat ataupun pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) untuk kita berikan sokongan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tuaian Anak Harapan (TUAH) TAWAS dan Penyerahan Manfaat RM1,500 kepada penerima di Pusat Konvensyen KSL di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Tuah Tuaian Anak Harapan Tawas di Pusat Konvensyen KSL, Klang pada 3 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Katanya, penerima diberikan tempoh setahun untuk membuat tuntutan bagi memastikan mereka yang terlepas maklumat atau belum sempat berbuat demikian masih berpeluang mendapatkan manfaat berkenaan.

"Kita sedar mungkin ada yang kurang mendapat maklumat, mungkin ada yang terlepas pandang atau sibuk, jadi kita bagi tempoh setahun untuk mereka menuntut RM1,500," ujarnya.

Menurutnya, jumlah penerima bagi tahun berikutnya dianggarkan antara 21,000 hingga 25,000 orang setahun dengan simpanan sedia ada mencukupi untuk menampung pembayaran bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

"Sejak 2008 kita menabung. Sejak tahun 2021 kita gunakan tabungan itu, kita laburkan dalam program Selangor Advance dan mendapat pulangan sekitar tujuh hingga lapan peratus dan sekarang kita pulangkan balik," tambahnya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata pendekatan simpanan untuk anak Selangor kini diteruskan menerusi program Iltizam Anak Selangor (ANAS) yang diperkenalkan pada 2022.

Menerusi inisiatif itu katanya, Kerajaan Negeri menyediakan simpanan awal RM500 bagi setiap anak yang layak, selain memberi ruang kepada ibu bapa menambah simpanan untuk kegunaan pendidikan mereka pada masa depan.

Pelajar dan ibu bapa melihat reruai pameran ketika program Tuah Tuaian Anak Harapan Tawas di Pusat Konvensyen KSL, Klang pada 3 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

"Kerajaan Negeri memperuntukkan sekurang-kurangnya RM500 sebagai simpanan asas. Apabila simpanan itu ditambah dari semasa ke semasa, jumlahnya akan berkembang sehingga mereka melanjutkan pengajian.

"Kita juga menambah sokongan untuk pelajar universiti, termasuk menerusi Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) dan program TVET," katanya.

TAWAS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan menerusi YAWAS bagi menyediakan manfaat kewangan kepada anak Selangor apabila mencapai usia 18 tahun.

Program berkenaan kemudiannya digantikan dengan ANAS yang menyediakan simpanan awal menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai persediaan pendidikan anak pada masa depan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.